Sign In

Kewajipan Menyerah Simpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan Di SSM


Kuala Lumpur, 27 Mei 2016 – Pengarah syarikat adalah bertanggungjawab untuk membentangkan Penyata Kewangan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tahun kewangan syarikat berakhir.

Bagi syarikat yang tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember 2015 tarikh akhir untuk menyerah simpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan di SSM adalah adalah seperti berikut:

  1. 8 Ogos 2016* (bagi negeri-negeri dengan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad); atau
  2. 7 Ogos 2016* (bagi negeri-negeri dengan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu)

Kegagalan membuat serah simpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan adalah suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan, pengarah dan syarikat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah seksyen 165 dan 169 Akta Syarikat 1965.

*Tertakluk kepada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Syarikat

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 27 MEI 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001