Sign In

Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM Kedah 2016


Alor Setar, 07 Oktober 2016 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM Kedah 2016 yang bermula pada hari ini dan esok bertempat di Pusat Membeli Belah Aman Sentral, Alor Setar, Kedah.

Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM Kedah 2016 merupakan rentetan daripada penganjuran sulung Karnival ONE pada 4-5 Jun 2015 bertempat di Pusat Membeli Belah The Curve, Mutiara Damansara. SSM telah memulakan siri jelajah Karnival ONE seterusnya di Pasir Gudang Johor pada 2-3 Oktober 2015, Kuching Sarawak pada 13-15 November 2015, Shah Alam Selangor pada 22-24 Januari 2016, Kuching Sarawak Siri ke-2 pada 25-27 Mac 2016 dan Kota Kinabalu, Sabah pada 21-22 Mei 2016.

Objektif utama penganjuran karnival ini ialah untuk membantu golongan usahawan terutamanya yang berniaga secara online mengembangkan perniagaan mereka. Karnival dua hari ini akan dipenuhi dengan taklimat ikon, khidmat nasihat, pameran, gerai jualan, demo produk usahawan, cabutan bertuah, taklimat produk dan perkhidmatan serta pelbagai aktiviti keusahawanan bersama dengan peniaga online, selebriti dan penuntut IPT. Selain itu, SSM turut menganjurkan Healthy ONE yang menampilkan acara seperti street soccer, skateboarding, pertunjukan aksi basikal BMX dan aktiviti zumba.
Selain itu, SSM turut melancarkan sistem terbaru SSM yang dikenali sebagai Ezbiz Online. Melalui Ezbiz Online, orang ramai kini boleh mendaftar dan memperbaharui pendaftaran perniagaan milikan tunggal atau perkongsian mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui capaian internet. Orang ramai tidak perlu lagi untuk bergerak ke mana-mana cawangan SSM bagi tujuan berikut dan pastinya sistem ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelanggan SSM kerana ianya bukan sahaja memudahkan orang ramai berurusan dengan SSM, tetapi juga dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM Kedah 2016 akan menyediakan 25 tapak pameran dan gerai jualan dengan jangkaan lebih 10,000 pengunjung. Karnival ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Haji Salleh, Ketua Setiausaha KPDNKK merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 07 OKTOBER 2016



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001