SOALAN LAZIM
Bil. Soalan Jawapan
1

Apakah syarat untuk mendaftarkan perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian?

  • Pemilik/rakan kongsi mesti warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Perniagaan dijalankan mestilah di Semenanjung Malaysia atau Wilayah Persekutuan Labuan
2

Apakah bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan?

Terdapat 2 bentuk perniagaan iaitu :

  • Perniagaan milikan tunggal (seorang pemilik)
  • Perniagaan perkongsian (2 sehingga 20 orang pemilik)

 

3

Bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan?

A. Pemilik boleh mendaftarkan nama perniagaan seperti nama di dalam Kad Pengenalan (MYKAD/MYPR):

  • Lengkapkan Borang A
  • Yuran pendaftaran adalah RM30.00
  • Kos maklumat perniagaan adalah RM10.60 (termasuk GST)
  • Milikan tunggal sahaja

B. Pemilik menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan:

  • Pemilik perniagaan perlu menghantar permohonan nama perniagaan untuk kelulusan (Form PNA42)
  • Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Form A)
  • Kos pendaftaran perniagaan adalah RM60.00
  • Kos maklumat perniagaan adalah RM10.60 (Termasuk GST)

C. Dokumen perlu dilampirkan

  • MYKAD/MYPR
  • Surat kelulusan daripada Agensi (jika berkaitan).

D. Pendaftaran perniagaan boleh dilakukan di mana-mana kaunter SSM berdekatan atau melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my. 

4

Bagaimana pula jika saya hendak mendaftar melalui ezBiz Online?

Pendaftaran Melalui portal ezBiz Online

  • Perkhidmatan ezbiz Online adalah cara alternatif kepada perkhidmatan kaunter.
  • Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses ezbiz.ssm.com.my. 
  • Setiap pemilik dan rakan kongsi perniagaan perlu mendaftar sebagai pengguna ezBiz Online dan hadir di SSM yang terdekat untuk pengaktifan sekali seumur hidup sahaja.
  • Sebagai pengguna yang berdaftar, anda boleh akses ke dalam portal ezBiz Online dan mendaftar perniagaan
5

Bolehkah sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 mendaftarkan perniagaan?

Menurut seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai kepada perniagaan yang dipunyai sepenuhnya dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

6

Apakah borang yang digunakan untuk membuat perubahan kepada maklumat perniagaan dan pemilik?

Borang yang di gunakan untuk mendaftar perubahan maklumat perniagaan ialah Borang B (Pendaftaran Perubahan maklumat Perniagaan). permohonan perubahan mestilah dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan 

Perubahan maklumat perniagaan melibatkan perkara berikut:

  • Alamat utama
  • Jenis perniagaan
  • Alamat cawangan
  • Maklumat pemilik

Fi pendaftaran ialah RM20.00 dan RM10.60 bagi maklumat perniagaan

7

Bolehkah perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada pemilikan  tunggal?


Perniagaan perkongsian boleh menukar statusnya kepada pemilikan tunggal atau sebaliknya iaitu pemilikan tunggal kepada perkongsian (nama tred) melalui perubahan pemilik dengan mengemukakan (Borang B) berserta fi pendaftaran sebanyak RM20.00

8

Bolehkah pemilik perniagaan menukar sesuatu nama perniagaan berdaftar?

Tiada peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 membenarkan sesebuah perniagaan menukar nama perniagaan. Pemilik boleh mendaftar sebuah perniagaan  yang baharu dengan menggunakan nama perniagaan yang baharu.

 

9

Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Pendaftaran Perniagaan?

Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan boleh di lakukan melalui kaunter perkhidmatan SSM, ezBiz Kiosk, portal ezBiz Online, Bank Simpanan Nasional atau Bank Kerjasama Rakyat Berhad terpilih:

(a)Bagi pendaftaran melalui kaunter, pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1). 

    • Perniagaan (nama sendiri) - RM30.00 setahun
    • Perniagaan (nama tred)     - RM60.00 setahun
    • Setiap Cawangan              - RM5.00 setahun     

(b)Pembaharuan melalui Kiosk boleh dibuat di mana-mana Pejabat SSM yang menyediakan perkhidmatan tersebut. 

(c)Pembaharuan melalui portal ezBiz Online boleh di buat oleh pengguna yang telah berdaftar. 

(d)Pembaharuan boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional atau Bank Kerjasama Rakyat Berhad yang terpilih.

Pembaharuan perakuan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa sebelum tarikh luput tempoh pendaftaran.

10

Bolehkah sebuah perniagaan yang telah tamat tempoh perakuan pendaftaran melebihi 12 bulan memperbaharui pendaftaran perniagaan?

Tidak boleh. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan.

Pemilik perniagaan tidak boleh memperbaharuan pendaftaran perniagaan yang telah luput melebihi 12 bulan. Pemilk mestilah membuat pendaftaran baharu.

11

Berapa lamakah tempoh jangkamasa pendaftaran perniagaan atau pembaharuan sesebuah perniagaan?

Sesebuah perniagaan boleh didaftarkan pendaftaran atau diperbaharui pendaftaran bagi tempoh tidak melebihi lima (5) tahun iaitu satu (1) sehingga lima(5) tahun dengan kadar fi yang ditetapkan 

12

Bagaimanakah untuk mendaftarkan penamatan perniagaan?

Pemilik/rakankongksi perlu memaklumkan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari daripada tarikh operasi perniagaan berhenti. Bagi kes kematian pemilik perniagaan, waris/Orang yang Bertanggungjawab (OYB) dalam masa 4 bulan dari tarikh kematian memaklumkan kepada  Pendaftar. Lengkapkan Borang Pemberitahuan Penamatan Perniagaan berdaftar (Borang C) bagi pendaftaran yang masih aktif. 

Borang C tidak perlu diserahsimpan jika perniagaan berdaftar yang telah luput tempoh pendaftarannya.

13

Bagaimanakah untuk mengesahkan penamatan perniagaan sekiranya Borang C tidak dikemukakan?

Pemilik boleh mendapatkan Surat Pengesahan Penamatan melalui perkhidmatan e-Info.

14

Di manakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi?

Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi di mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali Pejabat SSM Sabah dan Sarawak. Pemilik juga boleh muat turun Borang Pendaftaran Perniagaan melalui laman web SSM (www.ssm.com.my)

Jika permohonan dibuat melalui portal ezBiz Online, borang tersebut telah tersedia dalam talian.

15

Dimanakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan?

Borang Pendaftaran Perniagaan boleh dimajukan di kaunter Pejabat SSM berhampiran kecuali di Pejabat SSM Sabah dan Sarawak. Permohonan juga boleh dimajukan secara dalam talian melalui perkhidmatan portal ezBiz Online dengan melayari ezbiz.ssm.com.my 

16

Adakah panduan disediakan bagi melengkapkan format baru Borang A, B, C dan A1?

Panduan boleh diperolehi melalui saluran berikut :

  • semasa muat turun Borang melalui laman web SSM (www.ssm.com.my)
  • Kaunter SSM yang berhampiran
17

Adakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A)?

Perubahan melengkapkan Borang A adalah seperti berikut :

Lengkapkan maklumat utama perniagaan seperti alamat utama, tarikh mula berniaga, jenis perniagaan,alamat cawangan (jika ada) dan butiran pemilik. Perbezaan adalah seperti berikut:

  • Sekiranya terdapat lebih daripada dua cawangan, maklumat cawangan berikutnya perlu dilengkapkan dalam helaian baru di muka surat 2 Borang A. 
  • Sekiranya terdapat lebih daripada dua pemilik, maklumat pemilik berikutnya perlu dilengkapkan dalam helaian baru di mukasurat 2 Borang A. Ruang pengesahan pemilik/rakan kongsi perlu ditandatangani oleh pemilik yang dicatatkan namanya di muka surat tersebut.
  • Lengkapkan nama penuh, no. MYKAD/MYPR dan tandatangan di ruang akhir Borang A semasa pembayaran dilakukan di hadapan Petugas Kaunter.
18

Adakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B)?

Perubahan melengkapkan Borang B adalah seperti berikut :

  • Perubahan alamat utama, jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik perlu dilengkapkan di dalam Borang B yang sama.
  • Tandakan jenis perubahan di kotak disediakan dan lengkapkan maklumat berkaitan. 

Contoh: Tandakan kotak perubahan alamat utama dan lengkapkan Maklumat A.

  • Lengkapkan nama penuh, no. MYKAD/MYPR dan tandatangan di ruang akhir Borang B semasa pembayaran dilakukan di hadapan petugas kaunter.
19

Adakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C)?

Perubahan melengkapkan Borang C adalah seperti berikut :

  1. Tandakan jenis penamatan dan tarikh penamatan di baris yang sama.
  2. Lengkapkan nama penuh, no. MYKAD/MYPR dan tandatangan di ruang akhir Borang C di hadapan Petugas Kaunter.

 

20

Apakah sebarang perubahan untuk melengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1)?

Perubahan melengkapkan Borang A1 adalah seperti berikut :

Maklumat pembaharuan perlu dilengkapkan. Perbezaan adalah seperti berikut:

  1. Lengkapkan dan kemaskini nombor telefon bimbit pemilik (jika ada)
  2. Lengkapkan nama penuh pemilik, no. MYKAD/MYPR dan no. telefon bimbit. Borang A1 boleh ditandatangani oleh pemilik atau Orang Yang Bertanggungjawab (OYB).
21

Mengapakah maklumat nombor telefon bimbit terkini pemilik perlu dilengkapkan?

No. telefon bimbit terkini akan dikemaskini dalam data maklumat pemilik perniagaan di pangkalan data sistem CBSROB SSM. Ia akan digunakan untuk memberi makluman kepada pemilik misalnya bagi tujuan peringatan pembaharuan atau lain-lain program yang dianjurkan oleh SSM dari masa ke semasa. 

22

Apakah kelebihannya mendaftar secara online?

Manfaat Penggunaan ezBiz

  • Boleh di lakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. 
  • Proses pendaftaran serta kelulusan lebih mudah dan pantas.
  • Menggurangkan kesesakan di kaunter perkhidmatan.
  • Integriti maklumat lebih terjamin.
  • Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.