Corporate Portal: Ucapan

Teks Ucapan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM sempena Program Kasih SSM: Sumbangan Peralatan Perubatan Kepada Jabatan Kerja Sosial Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Isi Kandungan:

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

1.	Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat bertemu dalam Majlis Serahan Wakalah Zakat Korporat sempena Projek Titian Jannah: Sumbangan Mesin Pengorek Mini dan Projek Road to Jannah: Sumbangan Van Jenazah pada pagi yang penuh keberkatan ini.

2.	Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas penganjuran majlis pada hari ini. Terima kasih juga kepada Masjid Kampung Sepat yang menjadi tuan rumah majlis ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

3.	Sebagaimana kita sedia maklum, SSM merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan perniagaan di negara ini. SSM juga berperanan dalam menyalurkan maklumat perniagaan dan korporat, di samping melaksanakan fungsi pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan serta perkongsian liabiliti terhad.

4.	Di samping melaksanakan mandat di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, SSM sentiasa menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkasa golongan yang memerlukan melalui agihan Wakalah Zakat Korporat dan CSR SSM. Ini seiring dengan nilai-nilai Malaysia MADANI, khususnya prinsip kesejahteraan dan ihsan dalam masyarakat.

5.	Selari dengan ini, KPDN melalui SSM pada hari ini, berbesar hati untuk menyumbangkan sebuah van jenazah bernilai RM128,500 kepada Masjid Kampung Sepat melalui Projek Road to Jannah 3.0. Saya sangat berharap sumbangan ini memudahkan pengurusan jenazah, menunaikan tuntutan fardu kifayah serta meringankan beban pihak masjid dan keluarga waris.

6.	Untuk makluman, sumbangan ini merupakan kesinambungan Projek Road to Jannah siri pertama dan siri kedua, di mana SSM telah menyumbangkan 14 unit van jenazah dengan nilai melebihi RM1.5 juta kepada 14 negeri.

7.	Pada tahun ini, SSM meneruskan pelaksanaan Projek Road to Jannah 3.0 dengan menyumbangkan tujuh van jenazah lagi kepada beberapa masjid dan surau yang telah dikenal pasti di tujuh negeri.

8.	Sehingga November 2025, SSM telah menyumbangkan enam van jenazah kepada masjid dan surau terpilih, termasuk Masjid Kampung Sepat yang menerima sumbangan pada hari ini.

9.	Sebagai penduduk Kampung Sepat, saya amat berbesar hati dengan adanya sumbangan van jenazah ini. Kemudahan ini akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat yang merangkumi 330 buah keluarga dengan jumlah keseluruhan melebihi 1,000 orang.

10.	Saya dimaklumkan juga di kampung ini terdapat tanah perkuburan lama yang menjadi tempat persemadian melebihi 100 jenazah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah-arwah muslimin dan muslimat di sini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

11.	Sebagai pelengkap kepada usaha memudahkan pelaksanaan fardu kifayah di peringkat komuniti setempat, KPDN melalui SSM turut menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM57,350 kepada Masjid Kampung Sepat, berupa satu unit mesin pengorek mini bernilai RM42,500 serta sebuah kontena penyimpanan bernilai RM14,850.

12.	Bagi tahun ini, SSM telah memperuntukkan dana untuk agihan sumbangan mesin pengorek mini kepada beberapa masjid dan tanah perkuburan. Secara keseluruhannya, sumbangan tersebut melibatkan tujuh unit mesin pengorek mini berserta kontena berjumlah RM405,950.

13.	Sehingga November 2025, KPDN melalui SSM telah menyumbangkan enam unit mesin pengorek dan kontena kepada enam lokasi termasuk Masjid Kampung Sepat yang menerima sumbangan pada hari ini.

14.	Saya sangat berharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan memudahkan urusan pengebumian, serta memastikan pengurusan jenazah dilaksanakan dengan tertib, lancar dan penuh penghormatan. Inisiatif ini merupakan titian kecil amal jariah yang diharapkan menjadi bekal menuju ganjaran di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

15.	Selain itu, SSM turut menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM5,000 kepada Masjid Kampung Sepat bagi tujuan penambahbaikan, naik taraf dan membaik pulih infrastruktur masjid.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

16.	Sekadar perkongsian, sejak 1 Januari hingga 31 Oktober 2025, SSM telah mengagihkan lebih RM6,502,639.80 Dana Wakalah Zakat Korporat kepada 11,131 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah mengagihkan lebih RM520,244.60 melalui program CSR kepada 765 penerima yang memerlukan.

17.	Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPDN melalui SSM untuk terus berusaha membantu golongan yang memerlukan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

18.	Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Masjid Kampung Sepat serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

19.	Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa merahmati segala usaha kita dan menjadikan inisiatif ini sebagai amal jariah yang berpanjangan manfaatnya kepada masyarakat.

Sekian, saya sudahi dengan,

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Date: 6/18/2026

Tahun: 2026

Metadata: Speeches

Tarikh Diterbitkan: 18/06/2026

Teks Ucapan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara SSM Dan PKNNS
Isi Kandungan:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI.

1.	Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk kita bertemu pada hari ini bagi menjayakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

2.	Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak PKNNS atas usaha kerjasama dengan SSM dalam menjayakan inisiatif ini serta kepada warga kerja SSM khususnya Pejabat Negeri Sembilan dalam memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

3.	Sebagaimana kita sedia maklum, SSM merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan perniagaan di negara ini. SSM juga berperanan dalam menyalurkan maklumat perniagaan dan korporat, di samping melaksanakan fungsi pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan serta perkongsian liabiliti terhad (PLT).

4.	Sepanjang lebih dua dekad penubuhannya, SSM telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh tadbir urus korporat dan pematuhan perundangan. Usaha ini bukan sahaja menyokong kelestarian perniagaan, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekosistem perniagaan yang lebih berdaya saing dan berintegriti.

5.	Seiring dengan hasrat tersebut, pemeteraian MoU antara SSM dan PKNNS merupakan satu kerjasama yang amat signifikan dalam usaha memperkasa bidang keusahawanan di Negeri Sembilan, khususnya dalam memperluas pendedahan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendaftaran perniagaan, perkongsian liabiliti terhad dan pemerbadanan syarikat melalui pelaksanaan program-program yang dianjurkan oleh PKNNS dan Kerajaan Negeri.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

6.	Dalam landskap ekonomi semasa, keusahawanan bukan lagi sekadar satu pilihan, sebaliknya telah menjadi satu keperluan dalam usaha meningkatkan pendapatan, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat. Oleh yang demikian, usahawan perlu dibimbing bukan sahaja untuk memulakan perniagaan, tetapi juga untuk memahami kepentingan berdaftar dan beroperasi secara sah.

7.	SSM berharap pelaksanaan pelbagai inisiatif dan aktiviti yang komprehensif melalui medium yang bersesuaian termasuk sesi taklimat pendaftaran perniagaan secara fizikal dan dalam talian, pendedahan kepada perkhidmatan SSM EzBiz Online, serta inisiatif seperti Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP), Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) dan SSM BizTrust di samping pelaksanaan Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan (KBPP) di seluruh daerah di Negeri Sembilan, akan memberikan manfaat kepada pelanggan serta para pemegang taruh.

8.	Untuk makluman semua, SSM telah memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) pada 23 Disember 2020 dengan tujuan memberi peluang kepada usahawan dari kumpulan B40 serta pelajar IPT sepenuh masa untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma. Sehingga 31 Mac 2026, sebanyak 201,833 perniagaan telah berjaya didaftarkan di bawah skim ini, melibatkan 75,839 pelajar IPT sepenuh masa dan 125,994 usahawan daripada kumpulan B40. Manakala, Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) merupakan inisiatif bagi menyokong golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftarkan perniagaan secara percuma di SSM. Sehingga 31 Mac 2026, sebanyak 21,867 perniagaan telah didaftarkan di bawah inisiatif ini.

9.	Sebagai usaha memudahkan urusan pendaftaran dan meningkatkan keyakinan terhadap perniagaan berdaftar, SSM telah memperkenalkan kod QR SSM BizTrust sebagai pengenalan identiti digital kepada entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Dengan platform SSM BizTrust ini, orang ramai dapat mengakses dan mengesahkan maklumat perniagaan dengan mudah secara dalam talian bagi meningkatkan tahap kepercayaan serta kemudahan dalam urusan transaksi.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

10.	SSM melihat kerjasama bersama PKNNS ini sebagai satu platform strategik yang penting untuk mendekati komuniti usahawan dengan lebih berfokus dan berkesan melalui pelaksanaan program pembangunan usahawan, sesi taklimat, perkongsian maklumat serta pelbagai inisiatif di peringkat negeri.

11.	Saya yakin kolaborasi antara SSM dan PKNNS ini akan memberi impak positif kepada pembangunan usahawan di Negeri Sembilan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran pematuhan, memperkukuh keyakinan terhadap ekosistem perniagaan, menyokong pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta menggalakkan lebih ramai usahawan untuk mendaftarkan dan mengembangkan perniagaan secara sah dan berstruktur.

12.	Bagi pihak SSM, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada pihak PKNNS atas komitmen dalam menjalinkan kerjasama ini. Semoga MoU ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih erat dan berterusan demi manfaat usahawan, komuniti perniagaan serta rakyat Negeri Sembilan.

Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Date: 5/12/2026

Tahun: 2026

Metadata: Speeches

Tarikh Diterbitkan: 12/05/2026

Teks Ucapan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara SSM Dan Aeon Co. (M) Bhd
Isi Kandungan:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI.

1.	Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur bagi menjayakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan AEON Co. (M) Bhd (AEON).

2.	Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak AEON atas usaha kerjasama dengan SSM dalam menjayakan inisiatif ini.

3.	Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja SSM yang telah berusaha gigih bagi memastikan majlis yang penuh bermakna ini berjalan dengan lancar.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

4.	Sebagaimana kita sedia maklum, SSM merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan perniagaan di negara ini. SSM juga berperanan dalam menyalurkan maklumat perniagaan dan korporat, di samping melaksanakan fungsi pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan serta perkongsian liabiliti terhad (PLT).

5.	Dalam usaha untuk terus memperkasa landskap korporat negara, SSM sentiasa komited untuk memperluas pendekatan pendidikan, kesedaran dan bimbingan pematuhan sebagai pelengkap kepada fungsi penguatkuasaan yang dilaksanakan. Justeru, kerjasama dengan AEON memberi ruang kepada SSM untuk mendekati komuniti perniagaan secara lebih berfokus dalam persekitaran pusat beli-belah.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

6.	MoU yang dimeterai pada hari ini bertujuan untuk mewujudkan asas kerjasama antara SSM dan AEON bagi menggalakkan serta memupuk budaya pematuhan kendiri (Self-Compliance Culture) terhadap undang-undang yang ditadbir oleh SSM dalam kalangan penyewa-penyewa pusat beli-belah AEON, khususnya dalam sektor runcit (retail) yang sangat dinamik dan berorientasikan pelanggan.

7.	Melalui kerjasama ini, SSM akan terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan penyewa melalui penyebaran bahan pendidikan serta pemberian panduan secara langsung mengenai keperluan undang-undang yang ditadbir oleh SSM. SSM juga komited untuk memberikan sokongan melalui pemantauan serta nasihat pematuhan yang berterusan sepanjang tempoh MoU ini.

8.	Kerjasama ini amat penting bagi memastikan setiap perniagaan, syarikat dan PLT sentiasa mematuhi garis panduan perundangan serta dasar yang ditetapkan, di samping menerapkan budaya kerja berteras integriti agar meminimumkan risiko ketidakpatuhan, sekali gus memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik daripada entiti-entiti yang beroperasi di 27 premis di bawah pengurusan AEON di seluruh negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

9.	Keperluan untuk meningkatkan budaya pematuhan kendiri ini jelas berdasarkan dapatan pemantauan SSM. Dalam usaha memastikan pematuhan terhadap keperluan perundangan, SSM secara konsisten melaksanakan pemeriksaan fizikal di premis-premis perniagaan, di samping pemeriksaan terhadap perniagaan- perniagaan yang menjalankan aktiviti secara dalam talian.

10.	Perkembangan ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui pecahan statistik tahunan. Pada tahun 2022, lebih 1.2 juta pemeriksaan telah dijalankan ke atas lebih 1.5 juta perniagaan, syarikat dan PLT aktif yang didaftarkan. Jumlah ini meningkat pada tahun 2023 kepada lebih 1.3 juta pemeriksaan telah dijalankan ke atas lebih 1.7 juta perniagaan, syarikat dan PLT. Pada tahun 2024 pula, lebih 1.3 juta pemeriksaan telah dijalankan ke atas lebih 1.9 juta perniagaan, syarikat dan PLT aktif. Manakala tahun 2025 pula, jumlah ini terus meningkat kepada lebih 1.3 juta pemeriksaan ke atas lebih 2.3 juta perniagaan, syarikat dan PLT.

11.	Berdasarkan peningkatan jumlah perniagaan, syarikat dan PLT dari tahun ke tahun, keperluan untuk memupuk budaya pematuhan kendiri adalah amat penting bagi memastikan kefahaman dan pematuhan terhadap peruntukan asas undang-undang dapat terus diperkukuh dalam kalangan entiti perniagaan.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

12.	Melalui inisiatif ini, SSM berhasrat untuk membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih telus dan patuh kepada perundangan. Usaha ini bukan sahaja dapat membantu memastikan operasi perniagaan yang lebih lancar dalam kalangan penyewa, malah dapat mengelakkan implikasi ketidakpatuhan seperti penalti, kompaun serta risiko reputasi.

13.	Antara peruntukan perundangan lazim yang akan diberi tumpuan untuk pematuhan kendiri bagi perniagaan ialah keperluan mendaftarkan perniagaan, pembaharuan sijil perniagaan setelah tempoh perakuan pendaftaran tamat, mempamerkan sijil perakuan pendaftaran, mempamerkan nama dan nombor pendaftaran di laman sesawang perniagaan, mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran perniagaan di premis menjalankan perniagaan, resit dan dokumen rasmi perniagaan.

14.	Bagi syarikat dan PLT pula, antara keperluan perundangan yang akan diberi tumpuan untuk pematuhan kendiri ialah mempamerkan nama dan nombor pendaftaran di tempat menjalankan perniagaan, laman sesawangnya, surat perniagaan, invois dan semua surat-menyurat rasmi perniagaannya.

15.	Ke arah memperkukuhkan pematuhan dalam kalangan entiti perniagaan, pemahaman dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang merupakan asas penting dalam meningkatkan keyakinan awam, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang telus dan mampan.

16.	Saya yakin bahawa kerjasama antara SSM dan AEON ini akan memberi impak positif bukan sahaja kepada penyewa, tetapi juga kepada keseluruhan ekosistem perniagaan runcit negara untuk beroperasi secara sah dan berdaya saing. Kerjasama ini juga membolehkan SSM memperluas jangkauan advokasi pematuhan secara lebih berkesan dalam persekitaran pusat beli-belah yang menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan di bawah satu bumbung.

17.	Bagi pihak SSM, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada pihak AEON atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

18.	Semoga MoU ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, serta menyumbang kepada pembentukan budaya pematuhan yang lebih kukuh dalam kalangan komuniti perniagaan di Malaysia, seterusnya diperluaskan kepada penglibatan lebih banyak perniagaan secara berperingkat  demi manfaat semua.

Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Date: 4/14/2026

Tahun: 2026

Metadata: Speeches

Tarikh Diterbitkan: 14/04/2026