Corporate Portal: Kenyataan Akhbar

SSM Dan NSRC Perkukuh Kesedaran Masyarakat Terhadap Jenayah Penipuan Kewangan Melalui Scam Alert Day SSM X NSRC
Isi Kandungan:
​Kuala Lumpur, 19 November 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dengan kerjasama strategik National Scam Response Centre (NSRC), telah menganjurkan program Scam Alert Day SSM X NSRC bertemakan “Spot The Scam, Stop The Scam, Say No To Scam” pada 18 November bertempat di KL Sentral.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan SSM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah penipuan kewangan, pelaburan haram serta pelbagai modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan.

Program yang disertai lebih 750 penyertaan ini menampilkan pelbagai pengisian daripada pelbagai agensi berbentuk pendidikan dan kesedaran, termasuk pameran serta perkongsian langkah pencegahan dan saluran pelaporan kepada pihak berkuasa.

Kaji selidik kesedaran awam turut dilaksanakan untuk menilai tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat mengenai pelaburan haram serta jenayah penipuan kewangan, dengan penyertaan lebih 250 responden.

Program ini turut melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan, badan kawal selia dan pihak berkepentingan, antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) serta CyberSecurity Malaysia (CSM).

Sejak tahun 2018, SSM telah melaksanakan kempen kesedaran Scam Alert SSM bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai risiko pelaburan haram serta jenayah penipuan kewangan. Kempen ini turut menjadi platform kerjasama strategik antara SSM dengan pelbagai agensi dalam memperkukuh usaha pencegahan jenayah penipuan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas melalui SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, atau hubungi talian telefon 03-77214000  atau emel enquiry@ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 19 NOVEMBER 2026

Tarikh: 11/19/2026

Kategori: Berita

Tahun: 2026

Metadata: Press Release

Tarikh Diterbitkan: 19/11/2026

SSM Sumbang Wakalah Zakat Korporat Berupa Mesin Pengorek Mini Dan Kontena Penyimpanan Berjumlah RM57,350 Kepada Masjid Kampung Gombak
Isi Kandungan:

Rawang, 12 November 2026 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM57,350 kepada Masjid Kampung Gombak di sini sempena Projek Titian Jannah 2.0: Sumbangan Mesin Pengorek Mini.

Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban pihak kariah serta memudahkan dan mempercepatkan proses pengurusan pengebumian jenazah agar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, teratur dan penuh penghormatan.

Penyerahan sumbangan berupa satu unit mesin pengorek mini bernilai RM42,500 serta sebuah kontena penyimpanan bernilai RM14,850 ini telah disempurnakan oleh Encik Aznorashiq Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.

Sumbangan ini merupakan kesinambungan dari tahun 2025, di mana SSM telah menyalurkan mesin pengorek mini dan kontena penyimpanan bernilai RM405,950 kepada badan-badan pengurusan perkuburan Islam di sekitar negeri Selangor, Kelantan, Melaka, Pahang dan Sabah.

Pada tahun 2026, SSM telah memperuntukkan RM405,950 bagi sumbangan peralatan yang sama di negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Sehingga kini, enam lokasi telah menerima sumbangan, termasuk Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah. Jumlah keseluruhan peruntukkan melalui Projek Titian Jannah bagi tahun 2025 dan 2026 adalah RM811,900.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2026, SSM telah mengagihkan lebih RM6.3 juta Wakalah Zakat Korporat SSM kepada 9,622 penerima asnaf di seluruh negara. Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah mengagihkan lebih RM660,000 melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat kepada 1,904 penerima yang memerlukan.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 12 NOVEMBER 2026

Tarikh: 11/12/2026

Kategori: Berita

Tahun: 2026

Metadata: Press Release

Tarikh Diterbitkan: 12/11/2026