Sign In

​​​​​​​Laman Utama e-Aduan​​


​Pengaduan Dan Pertanyaan

Unit Aduan dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan membuat penilaian awal terhadap aduan mengenai salah laku dan kesalahan-kesalahan lain bagi menentukan sebarang kesalahan yang berkaitan dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SSM. Kesemua aduan yang diterima amatlah dihargai kerana ia merupakan sumber maklumat yang bernilai untuk mengesan kesalahan di bawah undang-undang yang dikawal selia oleh SSM supaya tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya dapat dilaksanakan. 

​Seksyen Pengurusan Pelanggan pula ditugaskan untuk bertindak ke atas aduan atau pertanyaan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan SSM disamping menjalankan dan memantau perkhidmatan hotline. Aduan atau pertanyaan seumpama ini amatlah penting bagi SSM khususnya dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dari semasa ke semasa. 


Bagaimana Untuk Membuat Pengaduan Atau Pertanyaan​

Pemprosesan aduan atau pertanyaan yang cekap dan berkesan hanya boleh dilakukan sekiranya maklumat yang diberikan tepat dan lengkap. Maklumat ini termasuklah :
  • Nama pengadu, alamat surat menyurat, emel dan nombor telefon;
  • Butiran aduan yang jelas dan nyata;
  • Dokumen sokongan sebagai asas atau bukti yang menyokong sesuatu aduan.
Pengaduan melibatkan salah laku atau pelanggaran kepada mana-mana Akta yang dikuatkuasakan oleh SSM bolehlah dibuat dengan melengkapkan borang aduan secara atas talian seperti berikut :

Borang ini juga boleh difaks atau dihantar ke alamat di bawah :

Unit Aduan
Bahagian Pematuhan Korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 26, Menara SSM@Sentral
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur

Tel : 603 – 2299 4400
Faks : 603 – 2299 5461
E-mel : aduan[at]ssm.com.my

Pengaduan atau pertanyaan berhubung produk dan perkhidmatan SSM bolehlah dibuat dengan melengkapkan borang aduan secara atas talian seperti berikut :​

  • Borang Aduan atau Borang Pertanyaan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan SSM boleh dibuat dengan melengkapkan secara atas talian seperti berikut:​

Borang ini juga boleh difaks atau dihantar ke alamat di bawah :

Seksyen Pengurusan Pelanggan​
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 17, Menara SSM@Sentral
No.7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur

Tel : 603 – 2299 4400
Faks : 603 – 2299 4771
E-mel : enquiry[at]ssm.com.my​



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC