Sign In
Arahan Amalan No. 7/2021: Lodgement Of Annexure On Beneficial Ownership Information On Annual Return Lodged Under Section 68 Of The Companies Act 2016

​Berdasarkan pengumuman terkini yang dibuat oleh SSM pada 27 February 2021 berkenaan serah simpan dokumen berkanun melalui Portal Malaysian Business Reporting System (MBRS), satu ‘Arahan Amalan No. 7/2021: Lodgement of Annexure on Beneficial Ownership Information on Annual Return Lodged under section 68 of the Companies Act 2016’ (PD No. 7/2021) telah dikeluarkan. 

PD No. 7/2021 bertujuan untuk memberi panduan berkaitan keperluan maklumat pemunyaan benefisial yang perlu dilampirkan bersama dengan penyata tahunan apabila serah simpan dibuat melalui Portal MBRS atau serahan di kaunter. 

PD No. 7/2021 ini juga bertujuan untuk menjelaskan keperluan maklumat pemunyaan benefisial yang perlu disimpan oleh syarikat semasa tempoh peralihan bagi mematuhi garis panduan ‘Guideline for the Reporting Framework for Beneficial Ownership of Legal Persons’.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ‘FAQ Pembukaan Sistem MBRS Bagi Serahsimpan Dokumen Berkanun Syarikat’ yang boleh didapati di laman sesawang SSM. 

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian     03-77214000 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my atau mbrs.support@ssm.com.my.

Terima kasih.


SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
8 MAC 2021




Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC