Sign In
Lanjutan Masa Bagi Edaran Penyata Kewangan, Mesyuarat Agung Tahunan Dan Serah Simpan Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 1 April 2020 Sehingga 31 Julai 2020

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan inisiatif bagi meringankan beban pematuhan yang dihadapi oleh komuniti korporat semasa ketidakpastian ekonomi yang timbul dari pandemik COVID-19 dengan memberikan lanjutan masa (EOT) 90 hari kepada syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), mengedarkan penyata kewangan dan serah simpan penyata kewangan kepada SSM. Lanjutan masa ini terpakai untuk syarikat yang mempunyai akhir tahun kewangan bermula 1 April 2020 hingga 31 Julai 2020.


Permohonan mesti dihantar ke SSM selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021 melalui e-mel ke eot2021@ssm.com.my menurut Arahan Amalan No. 6/2020 (Dikemaskni 27 Januari 2021).

Untuk penjelasan, sila rujuk https://www.ssm.com.my/bm/Pages/FAQ/FAQ-Covid19-BM.aspx untuk soalan lazim yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
29 Januari 2021


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC