Sign In
Lanjutan Masa Untuk Edaran dan Serahsimpan Penyata Kewangan dan Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
​Pelanggan yang dihormati,

Berikutan pengumuman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 10 April 2020 dan 21 Ogos 2020 mengenai inisiatif untuk mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi yang dihadapi oleh komuniti korporat akibat pandemik Covid-19, dimaklumkan bahawa lanjutan masa 90 hari yang diberikan kepada syarikat untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM),  mengedarkan dan menyerahsimpan penyata kewangan kepada SSM akan dilanjutkan lagi.

Bagi syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 1 September 2019 sehingga 31 Mac 2020, hari terakhir untuk menyerahsimpan penyata dan laporan kewangan kepada Pendaftar atau lanjutan masa yang telah diluluskan oleh Pendaftar untuk menyerahsimpan penyata kewangan berakhir ialah pada atau sebelum 31 Disember 2020.

Syarikat-syarikat berkenaan boleh menyerahsimpan penyata dan laporan kewangan kepada Pendaftar tanpa dikenakan fi lewat serahsimpan dengan syarat serahsimpan dilakukan dalam tempoh 22 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

Permohonan untuk lanjutan masa di bawah inisiatif ini perlu dihantar ke SSM sebelum 15 November 2020 seperti dinyatakan di dalam Arahan Amalan No. 6/2020.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
26 Oktober 2020



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC