Sign In
Tambahan Pengiktirafan Mata CPE Bagi Latihan Dalam Talian (On-Line Training) Untuk Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Dan Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat

​Selaras dengan lanjutan tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Disember 2020 dan situasi semasa berhubung pandemik Covid-19 di Malaysia, SSM bersetuju untuk mengiktiraf tambahan mata CPE bagi latihan dalam talian kepada 20 mata CPE bagi pembaharuan perakuan amalan setiausaha berdasarkan kepada syarat-syarat seperti berikut: 

(a) Pengiktirafan maksimum 20 mata CPE setahun diberikan bagi latihan dalam talian untuk tempoh sehingga 14 Mac 2021.
(b) Minimum 1 mata CPE bagi latihan dalam talian. Mata CPE dikira berdasarkan kepada bilangan jam pembelajaran iaitu 1 jam pembelajaran bersamaan 1 mata CPE.
(c) Semua jenis atau kategori latihan dalam talian boleh diambilkira sebagai mata CPE iaitu termasuk webinars dan e-learning.
(d) Latihan dalam talian boleh sama ada dianjurkan oleh SSM, badan professional, badan kawalselia, pembekal latihan atau secara in-house. 
(e) Setiausaha perlu mematuhi jenis latihan /kursus dan peratusan mata CPE sepertimana yang dinyatakan di para 35, Garis Panduan Berhubung Perakuan Amalan Setiausaha Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016.

Manakala dalam konteks pematuhan keperluan mata CPE bagi pembaharuan lesen setiausaha syarikat, SSM bersetuju untuk mengiktiraf maksimum 20 mata CPE bagi latihan dalam talian berdasarkan kepada syarat-syarat seperti berikut: 

(a) Pengiktirafan maksimum 20 mata CPE dan minimum 1 mata CPE dalam tempoh 3 tahun lesen berkuatkuasa. Mata CPE dikira berdasarkan kepada bilangan jam pembelajaran iaitu 1 jam pembelajaran bersamaan 1 mata CPE.
(b) Semua jenis atau kategori latihan dalam talian boleh diambilkira sebagai mata CPE iaitu termasuk webinars dan e-learning.
(c) Pemegang lesen setiausaha syarikat masih perlu mematuhi jenis kursus dan peratusan pembahagian 60 mata CPE sepertimana yang ditetapkan sebelum ini berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Mata CPE Bagi Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.​


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC