Sign In
SSM Gesa Orang Ramai Supaya Berhati-Hati Dalam Berurusan Dengan Entiti Perniagaan Pinjaman Wang Yang Mengaitkan SSM Sebagai Pemberi Pinjaman Untuk Perniagaan

​Pelanggan yang dihormati,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima laporan berkenaan sebuah entiti perniagaan pinjaman wang yang mengunakan nama SSM untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka.

SSM menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana entiti pinjaman wang dan memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menggunakan nama serta logo SSM tanpa kebenaran.

SSM menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sebarang transaksi yang ditawarkan oleh mana-mana entiti perniagaan termasuklah entiti perniagaan pinjaman wang bagi mengelakkan sebarang masalah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my. 

Sekian, terima kasih.

5 Ogos 2020​


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC