Pelanggan Yang Dihormati,
Lanjutan daripada pengumuman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 10 April 2020 mengenai moratorium 30 hari untuk menyerah simpan dokumen berkanun kepada SSM, dimaklumkan bahawa tempoh moratorium 30 hari tersebut akan berkuatkuasa mulai 1 September 2020 dan akan berakhir pada 30 September 2020.
Oleh itu, syarikat perlu menyerah simpan kepada Pendaftar dokumen-dokumen berkanun yang tidak dapat diserah simpan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum 30 September 2020.
Mengenai tempoh masa untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan, mengedarkan dan menyerah simpan penyata kewangan di bawah Arahan Amalan Bil. 6/2020 Akta Syarikat 2016, sila rujuk soalan-soalan lazim di pautan
https://www.ssm.com.my/Pages/FAQ/FAQ-Covid19.aspx
27 Julai 2020