Sign In
Pengiktirafan Mata CPE Bagi Latihan Dalam Talian (On-Line Training) Untuk Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Dan Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat

Susulan daripada situasi semasa berhubung pandemik Covid-19 yang menghadkan pergerakan setiausaha untuk menghadiri kursus/latihan dalam kelas dan bagi memanfaatkan kaedah pembelajaran secara dalam talian         (on-line training), SSM dengan ini bersetuju untuk mengiktiraf tambahan mata CPE bagi latihan dalam talian daripada maksimum 4 kepada 10 mata CPE bagi pembaharuan perakuan amalan setiausaha berdasarkan kepada syarat-syarat seperti berikut: 

(a) Pengiktirafan maksimum 10 mata CPE setahun diberikan bagi latihan dalam talian untuk tempoh sehingga 14 Mac 2021.

(b) Minimum 1 mata CPE bagi latihan dalam talian. Mata CPE dikira berdasarkan kepada bilangan jam pembelajaran iaitu 1 jam pembelajaran bersamaan 1 mata CPE.

(c) Semua jenis atau kategori latihan dalam talian boleh diambilkira sebagai mata CPE iaitu termasuk webinars dan e-learning.

(d) Latihan dalam talian boleh sama ada dianjurkan oleh SSM, badan professional, badan kawalselia, pembekal latihan atau secara         in-house. 

(e) Setiausaha perlu mematuhi jenis latihan/kursus dan peratusan mata CPE sepertimana yang dinyatakan di para 35, Garis Panduan Berhubung Perakuan Amalan Setiausaha Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016.

Manakala dalam konteks pematuhan keperluan mata CPE bagi pembaharuan lesen setiausaha syarikat, SSM bersetuju untuk mengiktiraf maksimum 10 mata CPE bagi latihan dalam talian berdasarkan kepada syarat-syarat seperti berikut: 

(a) Pengiktirafan maksimum 10 mata CPE dan minimum 1 mata CPE dalam tempoh 3 tahun lesen berkuatkuasa. Mata CPE dikira berdasarkan kepada bilangan jam pembelajaran iaitu 1 jam pembelajaran bersamaan 1 mata CPE.

(b) Semua jenis atau kategori latihan dalam talian boleh diambilkira sebagai mata CPE iaitu termasuk webinars dan e-learning.

(c) Pemegang lesen setiausaha syarikat masih perlu mematuhi jenis kursus dan peratusan pembahagian 60 mata CPE sepertimana yang ditetapkan sebelum ini berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Mata CPE Bagi Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 
03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.

25 Jun 2020



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC