Sign In
​Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2020 [P.U.(a)140/2020] Berkuat Kuasa Mulai 7 Mei 2020 Untuk Meminda Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957
Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2020 [P.U.(A)140/2020] telah berkuat kuasa mulai 7 Mei 2020 untuk meminda Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Peruntukan-peruntukan yang dipinda adalah Kaedah 13 dan Kaedah 13A Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 yang memerlukan  perniagaan atas talian untuk mempamerkan nama dan nombor pendaftaran di laman web, mana-mana platform sosial media dan pasaran dalam talian. Pindaan tersebut juga menjelaskan bahawa sekiranya perniagaan atas talian tersebut tidak mempunyai tempat perniagaan yang tetap atau fizikal, maka alamat kediaman pemilik perniagaan akan dianggap sebagai alamat perniagaan. 

Sila klik pautan ini bagi warta berhubung Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2020 [P.U.(A)140/2020]:  
                                                                                                                                                                                                  

Sekian, terima kasih.
15 Jun 2020


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC