Sign In
Perkhidmatan SSM Di UTC Kuala Lumpur Kembali Beroperasi Mulai 15 Jun 2020

Pelanggan yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di UTC Kuala Lumpur akan kembali beroperasi mulai 15 Jun 2020 dan tertakluk kepada pengumuman terkini oleh kerajaan.

Selaras dengan saranan kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19, pelanggan yang mempunyai temujanji sahaja dibenarkan berurusan di pejabat-pejabat SSM. Borang temujanji boleh didapati dan diisi secara atas talian di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my .

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di www.ssm.com.my bagi perincian urusan temujanji ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.

13 Jun 2020


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC