Sign In
Pengumuman

​Pelanggan yang dihormati,


Lanjutan daripada pengumunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 10 April 2020, mengenai Moratorium 30 hari untuk menyerahkan simpan dokumen berkanun kepada SSM, sila ambil maklum bahawa ia akan bermula dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir. 

Oleh yang demikian, semua transaksi di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang tidak dapat diserahsimpan akibat perintah-perintah kawalan pergerakan yang berkaitan perlu diserah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar selepas tamat tempoh PKPP iaitu pada 31 Ogos 2020, tertakluk kepada pengumuman terkini oleh kerajaan.

Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualikan.

Sekian, terima kasih.

12 Jun 2020


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC