Sign In
Operasi Kaunter Perkhidmatan SSM Dibuka Kepada Orang Awam Bermula 13 Mei 2020 Melalui Kaedah Temujanji

Selaras dengan saranan kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19, operasi kaunter perkhidmatan SSM akan dibuka kepada pelanggan pada setiap hari bekerja bermula 13 Mei 2020 melalui kaedah temujanji.

Hanya pelanggan yang mempunyai temujanji sahaja dibenarkan hadir berurusan di pejabat-pejabat SSM di seluruh negara. Untuk membuat temujanji, para pelanggan di kehendaki mengisi Borang Temujanji yang boleh didapati di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my.

Selain itu, SSM juga memperkenalkan kaedah alternatif bagi serahsimpan dokumen berkanun syarikat melalui konsep pandu lalu atau dropbox serta pos berdaftar. Pelanggan perlu mencetak dan melengkapkan Borang Maklumat Penghantar​​ dan kepilkan bersama dokumen yang berkaitan bagi kaedah alternatif serah simpan ini.

Para pelanggan boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ)​ bagi perincian urusan temujanji online dan kaedah serahsimpan alternatif ini di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my .

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke enquiry@ssm.com.my .

Sekian, terima kasih.
11 Mei 2020



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC