Sign In
Guna Sistem Atas Talian Sementara SSM Bersiap Sedia Buka Perkhidmatan Kaunter Bermula 13 Mei 2020

​Pelanggan yang dihormati,

Sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggesa semua pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang telah diaktifkan secara berperingkat bermula 28 Mac 2020 lalu seperti berikut:

(a) Urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian : Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/)

(b) Urusan berkaitan entiti syarikat : Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/)

(c) Urusan berkaitan entiti perkongsian libiliti terhad : Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/)

(d) Urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan : Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my)

(e) Urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan : Portal MBRS (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx); dan

(f) Urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat : Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/)

Sekiranya memerlukan bantuan, para pelanggan boleh mendapatkan penerangan serta soalan-soalan lazim yang telah disediakan di laman rasmi SSM, www.ssm.com.my. Jika memerlukan penerangan lanjut, para pelanggan juga boleh berurusan dengan Pusat Perhubungan SSM melalui email enquiry@ssm.com.my.

Berikutan pengumuman kerajaan untuk membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati serta pembukaan semula perkhidmatan sektor awam bermula 4 Mei 2020, SSM dengan penuh rasa tanggungjawab sedang membuat persiapan menerima kehadiran pelanggan di pejabat-pejabatnya di seluruh negara mulai 13 Mei 2020 atau tarikh lain yang ditetapkan kerajaan.

Persiapan yang sedang dibangunkan termasuklah menyediakan SOP pengurusan pelanggan di dalam bangunan serta memperkenalkan normal baharu untuk bertemu pelanggan dengan temujanji, perkhidmatan pandu lalu dan serahan dokumen melalui khidmat pos. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan setelah semua persiapan dan fasiliti yang diperlukan dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini tersedia.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

3 Mei 2020​


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC