Sign In
Kenaikkan Nilai Ambang Semasa Keberhutangan (‘Indebtedness’) Dari RM10,000 Ke RM50,000 Sehingga 31 Disember 2020

Bagi membantu mengurangkan bebanan komuniti korporat akibat pandemik Covid-19, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan arahan bertarikh 21 April 2020 bahawa amaun keterhutangan (indebtedness threshold) mengikut seksyen 466(1)(a) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) (AS 2016) bagi syarikat adalah amaun yang melebihi RM50,000. Arahan tersebut berkuat kuasa mulai 23 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, YB Menteri juga telah mengeluarkan perintah bahawa syarikat yang menerima notis tuntutan mengikut seksyen 466(1)(a) AS 2016 dikecualikan dari menjawab apa-apa notis tuntutan dalam tempoh 21 hari selepas penyampaian notis tuntutan ke atas syarikat. Sebaliknya, syarikat diberikan tempoh sehingga enam (6) bulan selepas penyampaian notis tuntutan hutang ke atas syarikat untuk menjawab notis tuntutan dan kegagalan untuk menjawab membolehkan pemiutang membuat satu petisyen untuk menggulung syarikat tersebut. Perintah ini berkuat kuasa mulai 23 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Arahan dan perintah pengecualian ini adalah selaras dengan pengumuman yang telah dibuat pada 10 April 2020 berkaitan inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membantu syarikat-syarikat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah aliran tunai untuk menyelesaikan hutang perniagaan yang mungkin akan terakru.

Arahan dan perintah pengecualian ini serta soalan lazim boleh didapati di laman sesawang SSM di www.ssm.com.my.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan emel anda kepada Pusat Hubungan SSM di enquiry@ssm.com.my.

Terima kasih.​

24 April 2020.

Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC