Sign In
Lanjutan Masa Bagi Permohonan Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat di bawah Seksyen 20G(1)(b) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

Susulan daripada penutupan sementara kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembatalan pelbagai latihan yang dianjurkan oleh SSM, badan-badan professional, badan-badan kawal selia dan penyedia latihan disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, SSM dengan ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh masa kepada pemegang lesen setiausaha syarikat (LS) memohon pembaharuan lesen berdasarkan kepada kategori-kategori dan syarat-syarat seperti berikut: 

KATEGORI SYARAT YANG DIKENAKAN

Kategori 1

  • Lesen setiausaha telah tamat tempoh; dan
  • Telah mematuhi keperluan 60 mata CPE.​​​
  • LS dalam kategori 1 telah diberi lanjutan masa sehingga tempoh PKP berakhir. Serah simpan permohonan pembaharuan lesen setiausaha syarikat hendaklah dilakukan setelah kaunter SSM beroperasi seperti biasa.

 

Kategori 2

  • Lesen setiausaha telah atau akan tamat tempoh bermula pada 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020; dan
  • Tidak mematuhi keperluan 60 mata CPE.

 

 

  • LS dalam kategori 2 telah diberi lanjutan masa sehingga pembaharuan lesen setiausaha berikutnya untuk mengumpul baki mata CPE yang gagal dipatuhi.

  • Panduan / Contoh:
     
LS hanya mempunyai  40 mata CPE

Kurang 20 mata CPE

= 60 CPE – 40 CPE

= 20 mata CPE

Jumlah CPE yang perlu dipatuhi semasa permohonan pembaharuan lesen berikutnya.

LS perlu mengumpul 80 mata CPE dalam tempoh tiga (3) tahun lesen berkuatkuasa

= 60 CPE + baki 20 CPE

= 80 mata CPE

 

  • LS dikehendaki menyerah simpan permohonan pembaharuan lesen setiausaha sebaik sahaja tempoh PKP berakhir dan kaunter SSM beroperasi seperti biasa. 
  • Pembaharuan lesen akan diluluskan secara bersyarat di mana kegagalan untuk mengumpul baki mata CPE akan menyebabkan permohonan pembaharuan lesen setiausaha berikutnya akan ditolak.

 

Selaras dengan kelulusan lanjutan masa ini, maka pemegang lesen setiausaha masih berkelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat sehingga lesen diperbaharui.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan emel anda kepada Pusat Hubungan SSM di enquiry@ssm.com.my.

Terima kasih.

21 April 2020

Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC