Sign In
Pengumuman

​Akta Syarikat (Pindaan) 2019 [A1605] telah mula berkuat kuasa pada 15 Januari 2020.

Peruntukan-peruntukan yang dipinda adalah seksyen-seksyen 4, 66, 72 (5), 84, 93, 247, 253 (2), 304, 340, 386, 409, 433, dan 580A Akta Syarikat 2016.

Peraturan-Peraturan Syarikat (Fi Juruaudit Syarikat dan Penyelesai) 2020 juga telah mula berkuat kuasa pada 15 Januari 2020. Ini bagi memperuntukkan fi-fi baharu untuk kelulusan sebagai juruaudit syarikat dan penyelesai serta pembaharuan kelulusan sebagai juruaudit syarikat dan penyelesai.

Klik sini bagi warta berhubung Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa untuk Akta Syarikat (Pindaan) 2019.

Klik sini​ untuk warta berhubung Peraturan-Peraturan Syarikat (Fi Juruaudit Syarikat dan Penyelesai) 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
15 Januari 2020



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC