AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN VI - AM
Seksyen 38. Kewajipan kerahsiaan.
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai, pekerja atau ejen Suruhanjaya, sama ada dalam tempoh pemegangan jawatannya atau tempoh penggajiannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyai akses dengan apa-apa jua cara kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh memberikan atau selainnya mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.