AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN VI - AM


Seksyen 37. Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya.

Seseorang pegawai undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau seseorang pegawai undang-undang Suruhanjaya yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 boleh hadir dalam mana-mana prosiding sivil yang melibatkan Suruhanjaya atau mana-mana orang yang memegang mana-mana jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam pelaksanaan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undangundang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan boleh membuat dan melakukan segala perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya atau orang itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.