AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN V - KEWANGAN
Seksyen 35. Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(1) Suruhanjaya hendaklah membayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada jumlah hasil tahunan Suruhanjaya pada masa dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan.
(2) Menteri Kewangan setelah berunding dengan Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah peratusan dalam subseksyen (1).