AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN V - KEWANGAN
Seksyen 32. Akaun dan laporan.
(1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya
mengenai kegiatannya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan—
(a) suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
(b) pernyataan mengenai kegiatannya, bagi tahun kewangan itu.
(2) Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
(3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.