AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN V - KEWANGAN


Seksyen 30. Penyediaan anggaran.

(1) Perbelanjaan Suruhanjaya setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi mana-mana satu tahun kewangan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2) Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Suruhanjaya kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau tentang amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.