AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN V - KEWANGAN
Seksyen 29. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang.
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan pekerja Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya atau menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Akta ini;
(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalan- kan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsi-fungsinya atau menjalankan kuasakuasanya di bawah Akta ini;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(e) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.