AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN V - KEWANGAN
Seksyen 28. Kumpulan Wang.
(1) Suatu Kumpulan Wang bagi maksud Akta ini, yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya, ditubuhkan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada Kerajaan atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana orang;
(b) segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya melalui pemberian;
(c) segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa- apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;
(d) segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Suruhanjaya;
(e) segala wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini; dan
(f) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Suruhanjaya.