AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA


Seksyen 27. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu atau atas sifat pegawai yang diperihalkan dalam undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.