AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Seksyen 26. Pekhidmat awam.
Semua anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Suruhanjaya semasa menunaikan kewajipan-kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].