AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA


Seksyen 24. Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib.

(1) Jika pada tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding tatatertib belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja Kerajaan yang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan Suruhanjaya, prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Suruhanjaya, dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan prosiding itu hendaklah terpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawah seksyen ini.

(2) Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Suruhanjaya menurut seksyen ini hendaklah berkenaan pekerja sedemikian mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.