AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA


Seksyen 22. Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding.

(1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang didapati patut oleh Suruhanjaya mana-mana pekerja lain yang perlu bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2) Suruhanjaya boleh melantik dan mengambil kerja ejen dan perunding untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsi-fungsinya atau bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini dengan lebih baik.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.