AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN III - FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA
Seksyen 20. Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya.
(1) Suruhanjaya boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 sebagaimana yang disifatkannya perlu atau wajar.
(2) Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini—
(a) boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara am atau khusus oleh Suruhanjaya; dan (b) hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa itu atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
(3) Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.