AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN II - SURUHANJAYA


Seksyen 15. Penzahiran kepentingan.

(1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang mempunyai atau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan manamanaperkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu.

(2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3) Mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.

(4) Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar peruntukanperuntukan seksyen ini.

(5) Bagi maksud seksyen ini—



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.