AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN II - SURUHANJAYA


Seksyen 14. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat.

(1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini berhubung dengan fungsi-fungsi Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu.

(2) Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana- mana fungsinya di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.