AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN II - SURUHANJAYA


Seksyen 11. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah.

(1) Menteri hendaklah melantik—

(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Suruhanjaya.

(3) Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

(4) Sekiranya Ketua Pegawai Eksekutif tidak dapat melaksanakan kewajipan-kewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain, salah seorang Pengarah boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa sebagai penggantinya.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.