AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN II - SURUHANJAYA


Seksyen 7. Tempoh jawatan.

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah,
melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.