AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN II - SURUHANJAYA
Seksyen 6. Keanggotaan Suruhanjaya.
(1) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) seorang Pengerusi;
(b) Ketua Pegawai Eksekutif; dan
(c) tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh orang lain, tiga orang daripadanya hendaklah daripada perkhidmatan awam.
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) selain anggota daripada perkhidmatan awam hendaklah orang yang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau orang yang mempunyai
pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.