AKTA 614
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001
BAHAGIAN II - SURUHANJAYA


Seksyen 5. Meterai perbadanan.

(1) Meterai perbadanan bagi Suruhanjaya hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

(3) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(4) Meterai perbadanan bagi Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.