AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN II - SURUHANJAYA
Seksyen 3. Penubuhan Suruhanjaya.
(1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Suruhanjaya Syarikat Malaysia" ditubuhkan.
(2) Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3) Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut—
(a) membuat kontrak;
(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
(c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis- kan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.