AKTA 614 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.