AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 10. Tanggungan jenayah.

(1) Jika orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah syarikat, maka tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat yang berkaitan dengan pengurusan syarikat itu dalam Persekutuan atau yang berupa sebagai bertugas dalam mana-mana jawatan itu dan juga syarikat itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuannya atau dengan tidak dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah berusaha sebagaimana yang sepatutnya untuk mencegah kesalahan itu memandang kepada jenis tugas-tugasnya dan kepada segala hal keadaan lain.

(2) Bagi maksud seksyen ini "syarikat" termasuklah-

(3) Jika ejen atau penjawat seseorang (iaitu orang yang kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai "prinsipal") melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), maka prinsipal itu, hendaklah, walaupun dia tidak tahu apa-apa pun mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan dia boleh dihukum bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal jika dia membuktikan-

(4) Jika ejen atau penjawat prinsipal melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), maka ejen atau penjawat itu adalah juga melakukan kesalahan itu.

(5) Peruntukan seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.