AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 9. Penggulungan atas permintaan Menteri.

(1) Jika syarikat itu tidak mengambil tindakan di bawah peruntukan seksyen 8(2), atau jika, setelah mengambil tindakan itu, ia tidak mendapatkan perubahan yang dikehendaki dibuat ke atas memorandum persatuan dan (jika ada) tertib persatuannya atau tidak menyelesaikan penggulungan sukarelanya atau tidak mendapatkan perintah Mahkamah supaya ia digulung, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang munasabah, Menteri-
di bawah peruntukan seksyen 205 Akta Syarikat 1965, dan syarikat itu hendaklah, bagi maksud seksyen tersebut, disifatkan sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan dan yang telah dilaporkan oleh seseorang pemeriksa, sebagaimana yang disebut dalam seksyen 205 tersebut, dan permohonan itu hendaklah diuruskan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu sebagai suatu permohonan Menteri di bawah seksyen 205 tersebut berkenaan dengan syarikat yang disebut dalam seksyen 205 sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan dan yang telah dilaporkan oleh seseorang pemeriksa.

(2) Bagi maksud sesuatu prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, bagi menggulung syarikat itu, kaedah-kaedah yang berhubungan dengan penggulungan syarikat-syarikat hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang difikirkan oleh Mahkamah menurut budi bicaranya sebagai patut dan sama ada suaimanfaat atau perlu:

Dengan syarat bahawa jika Menteri mengemukakan kepada jawatankuasa Kaedah cadangan-cadangan untuk membuat peruntukan khas di bawah seksyen 372 Akta Syarikat 1965, berhubung dengan syarikat itu, Jawatankuasa itu boleh, melalui kaedah-kaedah di bawah seksyen itu, menguatkuasakan cadangan-cadangan itu sama ada sebagaimana yang dikemukakan atau tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.

(3) Cadangan-cadangan di bawah proviso kepada subseksyen (2), dan kaedah-kaedah yang dibuat menurut proviso itu, boleh mengadakan peruntukan bagi mengubahsuaikan atau mengecualikan, berhubung dengan syarikat-syarikat itu, peruntukan Bahagian X dalam Akta Syarikat 1965, yang menghendaki mesyuarat-mesyuarat atau selainnya diadakan berhubung dengan tatacara penggulungan.

(4) Belanja bagi penggulungan disebabkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) (termasuk saraan bagi penyelesai hutang piutang) hendaklah, setakat yang tidak dapat dibayar daripada aset syarikat itu diselesaikan oleh Menteri; dan Menteri boleh membuat pendahuluan-pendahuluan bagi membayar belanja-belanja itu, atau memberikan sesuatu sumbangan terhadap belanja itu supaya aset syarikat (sebanyak jumlah sumbangan itu) terlepas daripada membayarnya.

(5) Kumpulan-kumpulan wang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], hendaklah (dengan tidak menyentuh seksyen 10(4) Akta itu) termasuk suatu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Penyelesaian Hutang Piutang Syarikat Kumpulan Wang Kutu bagi membayar perbelanjaan Menteri di bawah seksyen ini; dan seksyen 10(3) tersebut hendaklah terpakai bagi wang yang diterima oleh Menteri sebagai pembayaran balik pendahuluan-pendahuluan yang diberikan olehnya di bawah seksyen ini sebagaimana seksyen itu terpakai bagi wang-wang yang disebut dalam seksyen 10(3) itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.