AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 8. Syarikat berdaftar yang menganjurkan wang kutu hendaklah berhenti menjalankan perniagaan.

(1) Apabila Akta ini mula berkuat kuasa sesuatu syarikat berdaftar yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya adalah untuk menganjurkan wang kutu (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini dan seksyen 9 sebagai "syarikat itu") hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

(2) Tiap-tiap syarikat itu hendaklah sama ada--

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan walau apa pun apa-apa jua yang telah dibuat di bawah subseksyen (2)(a) syarikat itu boleh, dalam tempoh sembilan puluh hari mulai dari 18hb Februari 1971, memohon kebenaran kepada Pendaftar untuk terus menjalankan wang kutunya yang sedang dijalankan pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hingga masing-masing wang kutu itu telah selesai dijalankan, dan Pendaftar boleh memberikan ataupun tidak memberikan kebenaran itu; jika Pendaftar memberikan kebenaran itu maka dia hendaklah menetapkan tempoh yang dibenarkan itu tetapi tempoh itu tidak boleh lebih daripada dua belas bulan; dan Pendaftar boleh, apabila permohonan dibuat oleh syarikat itu, dan menurut budi bicara mutlaknya, memberikan, dari semasa ke semasa, lanjutan-lanjutan tempoh itu tetapi lanjutan-lanjutan tempoh yang diberikan semuanya tidak boleh lebih daripada dua belas bulan.

(4) Bagi maksud peruntukan subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, memberikan apa-apa arahan kepada syarikat itu dan membuat apa-apa penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya suaimanfaat atau perlu.

(5) Jika kebenaran diberikan di bawah subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya suaimanfaat atau perlu.

(6) Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menarik balik atau mengubahsuaikan mana-mana kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (3) atau mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5).

(7) Jika syarikat itu tidak berpuas hati dengan-

syarikat itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh mana-mana keputusan, arahan, terma atau syarat itu disampaikan kepada syarikat itu, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.

(8) Jika peruntukan subseksyen (1) tidak dipatuhi, maka syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat yang tidak mematuhi itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak bertanggungan atas kesalahan itu berkenaan dengan kumpulan-kumpulan wang yang ada pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa mulai dari masa suatu permohonan oleh syarikat itu di bawah subseksyen (3) diterima oleh Pendaftar dan sehingga keputusan telah dibuat atasnya oleh Pendaftar dan kemudiannya bagi tempoh selama sesuatu kebenaran yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3) berkuat kuasa:

Dan lagi dengan syarat bahawa kebenaran itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkuat kuasa jika syarikat itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5).

(9) "Pendaftar" dalam seksyen ini ertinya Pendaftar Syarikat dan tidak termasuk seseorang Pendaftar Rantau, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat.


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.