AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 5. Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Sabah.

(1) Maka tidaklah boleh apa-apa jua perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu diberi lesen di bawah Ordinan Pelesenan Perdagangan Sabah [Bab 144] (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai "Ordinan itu").

(2) Tiada seorang pun boleh mendapat lesen perdagangan di bawah Ordinan itu bagi sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan unutk menganjurkan wang kutu.

(3) Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang diberi lesen di bawah Ordinan itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

(4) Seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang telah diberi lesen di bawah Ordinan itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu pihak berkuasa pelesenan bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian pihak berkuasa pelesenan itu hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan bagi perniagaan itu.

(5) Pihak berkuasa pelesenan itu hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan sesuatu perniagaan jika ia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa pelesenan di bawah Ordinan itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, dan hendaklah memberitahu dengan bertulis tuan punya atau pekongsi perniagaan itu bahawa lesen perdagangan itu telah dibatalkan dan juga sebab-sebabnya.

(6) Seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa pelesenan di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5), merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad; semasa menanti keputusan rayuan itu, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai menangguhkan pembatalan lesen perdagangan bagi perniagaan itu melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya.

(7) Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (2) atau (3) dan seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau disifatkan sebagai menyentuh sesuatu tuntutan sivil yang mungkin ada pada pihak seseorang, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang telah dibatalkan lesen perdagangannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang berhenti menjalankan perniagaan oleh sebab peruntukan seksyen ini.

(9) Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran dipulangkan balik kepadanya oleh sebab pembatalan sesuatu lesen perdagangan di bawah seksyen ini.

(10) Bagi maksud seksyen ini -

(11) "Menteri" dalam seksyen ini ertinya Menteri yang disebut dalam Ordinan itu.


Copyright 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.