AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 4. Pendaftaran sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Negeri-Negeri Malaysia Barat.

(1) Maka tidaklah boleh apa-apa jua perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] Negeri-Negeri Malaysia Barat (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai "Akta itu").

(2) Tiada seorang pun boleh mendapatkan pendaftaran di bawah Akta itu sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu.

(3) Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

(4) Seseorang rakan perniagaan yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, telah didaftarkan di bawah Akta itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pendaftar bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran perniagaan itu.

(5) Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan di bawah seksyen 5(1) Akta itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, dan hendaklah memberitahu dengan bertulis seorang yang bertanggungjawab ("responsible person" seperti yang ditakrifkan dalam Akta itu) bahawa perakuan itu telah dibatalkan dan juga sebab-sebabnya.

(6) Seseorang rakan perniagaan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5) kepada seorang yang bertanggungjawab merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad; semasa menanti keputusan rayuan itu, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai menangguhkan pembatalan perakuan pendaftaran perniagaan itu melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya.

(7) Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (2) atau (3) dan seseorang rakan sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau disifatkan sebagai menyentuh sesuatu tuntutan sivil yang mungkin ada pada pihak seseorang, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang rakan sesuatu perniagaan yang telah dibatalkan perakuan pendaftarannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang berhenti menjalankan perniagaan oleh sebab peruntukan seksyen ini.

(9) Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran dipulangkan balik kepadanya oleh sebab pembatalan sesuatu perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan di bawah seksyen ini.

(10) Bagi maksud seksyen ini -



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.