AKTA 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971


Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain--

"syarikat" ertinya syarikat sebagaimana yagn ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut;

"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine ;

"Menteri" kecuali dalam seksyen 4, 5 dan 6, ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab atas perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

"menganjurkan" termasuklah menguruskan, mengadakan, menjalankan atau selainnya mengelolakan, dan juga termasuklah membantu, menolong atau mengambil apa-apa bahagian dalam penganjuran itu.

(2) (Tidak terpakai dalam terjemahan bahasa Malaysia).

(3) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai penggulungan sesuatu syarikat termasuklah, jika syarikat itu suatu syarikat asing, sebutan mengenai penggulungan hal ehwal syarikat asing itu setakat yang berkenaan dengan aset syarikat asing itu dalam Malaysia.


Copyright 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.