Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Pengenalan Sistem Pengurusan Antirasuah​​​


MS ISO 370001 : 2016 Anti-Bribery Management System
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 21 November 2018 bersetuju supaya:

“ISO 37001 digunakan secara menyeluruh di setiap kementerian, agensi dan jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berisiko tinggi bagi mencegah rasuah dan membina budaya integriti”. 

Melalui Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2019-2023 melalui Perkara 4.3.3.1 telah menetapkan setiap agensi dibawah KPDNHEP perlu mendapatkan pensijilan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR).

MS ISO 37001 : 2016 SistemPengurusan Antirasuah (SPAR) adalah system pengurusan yang direkabentuk membantu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mencegah, mengesan dan bertindakbalas terhadap perlakuan rasuah. Sistem pengurusan ini adalah komited SSM untuk mematuhi undang-undang antirasuah yang berkuat kuasa.​

Pendekatan MS ISO 37001 : 2016 SPAR membolehkan:
  1. SSM melaksanakan penilaian risiko rasuah di dalam organisasi;​
  2. Melaksanakan penerapan budaya antirasuah dan integrity dalam kalangan Pegawai SSM; dan
  3. Melaksanakan semakan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan terhadap proses kerja.
Dalam Usaha menutup ruang dan peluang, Pegawai SSM hendaklah mengambil tindakan berdasarkan tagline “JANGAN MINTA, TOLAK dan LAPOR”.


myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001