Sign In
Peringatan Murni

​Sepertimana yang kita sedia maklum, pelaksanaan serah simpan Penyata Tahunan, Certificate for Exempt Private Company (EPC) dan Penyata Kewangan Tidak Diaudit telah dimandatorikan di Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor) mulai 1 November 2018. 


​Pelaksanaan ini telah diperluaskan ke Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) dan Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) pada 1 Januari 2019 yang lepas. 


Sehubungan itu, pelaksanaan ini akan diperluaskan ke Zon Utara (Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang) pada 1 Februari 2019.

(a) Zon Selatan: Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
(b) Zon Timur: Pahang, Kelantan dan Terengganu
(c) Zon Utara: Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang​

Pelanggan SSM yang dihormati,  

Untuk maklumkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan portal Malaysian Business Reporting System (MBRS) pada 28 September 2018 bagi membolehkan syarikat menyerah simpan Penyata Tahunan (PT), Penyata Kewangan (PK) dan Permohonan P​engecualian berkaitan PT dan PK di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016.

​Pelaksanaan serah ​simpan Penyata Tahunan, Certificate for Exempt Private Company (EPC) dan Penyata Kewangan Tidak Diaudit adalah mandatori di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 1 November 2018 dan akan diperluas ke seluruh negara secara berperingkat seperti jadual di bawah:

​Zon
​​Negeri
​Tarikh Perlaksanaan
​Zon Selatan​
​Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

​1 Januari 2019

​Zon Timur
​Pahang, Kelantan dan Terengganu
​​Zon Utara
​Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang
​1 Februari 2019

Malaysia Timur​Sabah, Sarawak dan Labuan1 Mac 2019



Pelaksanaan MBRS bagi serah simpan Penyata Kewangan Teraudit secara mandatori akan ditetapkan kelak.

Maklumat lanjut berkaitan MBRS boleh diperolehi di laman sesawang http://www.ssm.com.my/Pages/Services/Other-Services/MBRS.aspx.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry[at]ssm.com.my.
Sekian, terima kasih.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 4 November 2018






Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001