Sign In
Notis Penutupan Sementara Operasi Pejabat SSM Negeri Sabah

Pelanggan yang dihormati, 

Pejabat SSM Negeri Sabah yang sepatutnya beroperasi semula pada 19 Oktober 2020 akan ditutup sementara bagi proses sanitasi dan langkah-langkah pencegahan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak berikutan seorang pekerja telah disahkan positif Covid-19. 

Susulan itu, para pelanggan digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang telah disediakan. 

PEJABAT SSM YANG DITUTUP PILIHAN ALTERNATIF PELANGGAN

Pejabat Negeri SSM Sabah Tingkat 4, Menara MAA

6 Lorong Api-Api

Locked Bag 2039

88999 Kota Kinabalu, Sabah.

 

i. Portal Ezbiz - (https://ezbiz.ssm.com.my/) bagi urusan berkaitan perkhidmatan pendaftaran perniagaan (tunggal atau perkongsian);

 

ii. Portal MyCOID - (https://mycoid2016.ssm.com.my/) bagi urusan berkaitan perkhidmatan pendaftaran syarikat berhad;


iii. Portal MyLLP - (https://www.myllp.com.my/) bagi urusan berkaitan perkhidmatan pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT); 


iv. Portal e-Info - (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my) bagi urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan;


v. Portal MBRS - (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx) bagi urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan; dan 


vi. Portal e-secretary - (https://esecretary.ssm.com.my​) bagi urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. 

Sekian, terima kasih.

 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
18 Oktober 2020​


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001